mutakhir

Kempas kena banjir kilat

Oleh Mary Victoria Dass

SERAMAI 24 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir kilat di Kampung Permatang Kempas, Johor Bahru, 5 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, PPS di Dewan Permatang Utama dibuka mulai 6 petang.

Beliau berkata, kesemua mangsa selamat dipindahkan ke PPS dan sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Dilaporkan kawasan berkenaan masih hujan renyai.

"Banjir juga semakin surut, namun mangsa masih di PPS bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Ayub berkata, mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki, lapan kanak-kanak perempuan serta tiga bayi termasuk dua bayi lelaki.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan usaha membantu mangsa banjir," katanya.

Disiarkan pada: December 12, 2017 @ 8:46pm
d