mutakhir

Mangsa banjir Kota Belud meningkat

Oleh Recqueal Raimi

MANGSA banjir di Kota Belud meningkat kepada 409 orang, pada 9 malam, berbanding 120 orang, pada 9 pagi hari ini.

Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata, mangsa terdiri 157 keluarga dan ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Mereka terdiri daripada 211 dewasa, 173 kanak-kanak, 14 bayi dan 11 warga emas.

"Semua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Belud," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman meminta penduduk di Kota Belud sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, jika banjir menjadi lebih buruk.

"Penduduk juga perlu mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah," katanya.

Disiarkan pada: December 12, 2017 @ 9:12pm
d