mutakhir

'Tak minum takpe, saya tak marah'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

“KALAU tidak minum, baik jujur saja. Saya okey dan tak marah pun,” kata

usahawan terkenal, Datuk Seri Vida kepada semua peserta program Gegar Vaganza 4 (GV4).

Vida atau Hasmiza Othman, 46, memaklumkan, kata-kata itu juga bukan berniat untuk menyindir penyanyi Elyana seperti didakwa banyak pihak.

“Apa yang saya katakan pada konsert baru-baru ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Mungkin orang salah faham apatah lagi sebelumnya timbul cerita membabitkan Elyana dengan produk saya.

“Saya hanya mahu mereka cakap jujur saja iaitu minum atau tak. Kalau semua positif, nanti orang kata saya rancang dengan menyuruh orang kata minum.

“Dalam perkara ini, saya okey saja. Kalau tak minum, cakap jer. Lagi pula ada ramai lagi yang minum produk ini. Saya tak nak disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elyana melalui siaran langsung Instagram miliknya dua minggu lalu mendedahkan tidak menggunakan produk kesihatan keluaran Vida.

Katanya, pengakuannya mengamalkan produk itu hanyalah untuk menjaga hati Vida selaku penaja.

Pada masa sama, Vida yang juga penyanyi lagu I Am Me menafikan cuba mengambil kesempatan atas masalah kesihatan yang menimpa Elyana.

“Saya tak pernah suruh dia cakap pasal produk saya. Dalam erti kata lain seolah-olah saya pergunakannya. Saya jenis yang cakap kepada semua orang pasal produk saya. Tak kisah siapa pun. Sampai orang 'annoying'.

“Disebabkan itu, apabila Elyana jujur mengaku tidak mengamalkan produk saya, saya tak balas atau komen apa-apa. Sebab kalau saya bercakap nanti orang ingat saya nak hentam dia. Saya faham situasi dilaluinya,” katanya.

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 11:49am
d