mutakhir

AirAsia: Aireen naik pangkat, Riad dilantik CEO baru

Oleh Zarina Zakariah

AirAsia Group Bhd (AirAsia) mengumumkan barisan baharu pengurusan kanan dengan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia iaitu Riad Azmat menggantikan Aireen Omar berkuat kuasa 10 Januari depan.

Riad sebelum ini adalah Pengarah Pengurusan Korporat, Strategi dan Pembangunan Perniagaan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan khabar angin berkaitan hasrat Aireen meninggalkan syarikat penerbangan berkenaan, sebaliknya beliau kini dinaikkan pangkat ke jawatan timbalan CEO kumpulan.

“€œAireen akan mengendalikan bahagian digital, transformasi dan perkhidmatan korporat dan bukan meninggalkan AirAsia seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

“€œLangkah ini adalah selaras dengan transformasi AirAsia dari syarikat penerbangan ke syarikat digit,” katanya dalam pengumuman yang diadakan di ibu pejabat AirAsia RedQ di Sepang, hari ini.

Selain Riad dan Aireen, Kapten Adrian Jenkins pula akan meneruskan tugas sebagai Ketua Pegawai Operasi AirAsia dan Bo Lingam sebagai Timbalan CEO kumpulan AirAsia.

Manakala, Rozman Omar akan meneruskan tugas sebagai Pengarah Eksekutif AirAsia International Limited (AAIL).

end

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 4:23pm
d