mutakhir

Harga petrol, diesel turun

Oleh HM Digital

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 masing-masing turun empat sen dan lima sen manakala diesel turun satu sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95  turun empat sen daripada RM2.29 kepada RM2.25 seliter manakala RON97  turun lima sen daripada RM2.57 kepada RM2.52 seliter.

Sementara itu, diesel turun satu sen daripada RM2.21 kepada RM2.20 seliter. 

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 14 Disember hingga 20 Disember 2017.

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 6:42pm
d