mutakhir

Langgar lori berhenti lagi...

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

LELAKI maut selepas motosikal ditunggangi merempuh lori di Kilometer 25.8 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), 10 pagi hari ini.

Mohd Norazmi Misban, 30, yang menunggang Yamaha RXZ maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 49 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian lori berkenaan berhenti di lorong kecemasan sebelum menurunkan pekerja pembersihan longkang.

"Mangsa yang dalam perjalanan ke arah Klang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan lori berkenaan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Teluk Panglima Garang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 8:23pm
d