mutakhir

Lelaki direman empat hari

Oleh HM Digital

Jasin: Lelaki yang mencederakan isteri serta dua anaknya menggunakan pisau pemotong sayur, Isnin lalu ditahan reman empat hari bermula semalam hingga Sabtu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Suzanna Mokhtar bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju lokap sambil diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Jasin di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita bersama dua anak lelakinya cedera terkena pisau dilibas suaminya yang marah akibat dileter kerana tidak bekerja.

Kejadian di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, kira-kira jam 3 pagi menyebabkan wanita berusia 26 tahun itu cedera di lutut, jari dan kepala hingga menerima 17 jahitan manakala anak mereka berusia lima tahun calar di perut dan adiknya berusia setahun menerima 13 jahitan akibat cedera
di kepala dan leher.

Disiarkan pada: December 14, 2017 @ 9:14am
d