mutakhir

Nelayan dikhuatiri lemas

Oleh Ibrahim Isa

Nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika meleraikan tali pancing yang terbelit pada kipas enjin bot di perairan Pulau Kukup, 6.40 petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Komander Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),

Haris Fadzillah Abdullah berkata, mangsa, Putra Aminurashid Zaini, 21, bersama dua rakannya memancing di kawasan berhampiran dan dipercayai terjatuh kerana hilang keseimbangan akibat gelombang laut.

"Kedua-dua rakan mangsa menghubungi pihak berkuasa pada jam 6.45 petang dan Maritim Malaysia Daerah Johor Bahru mengerakkan KM Nipah ke lokasi bagi mencari mangsa.

"Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) turut disertai Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta nelayan tempatan.

"SAR petang semalamtertumpu di kawasan mangsa hilang iaitu kira-kira 0.2 batu nautika selatan Pulau Kukup," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, pagi hari ini SAR diteruskan semua agensi terbabit dan sekiranya mangsa masih gagal ditemui, kawasan pencarian akan diperluas sehingga 12 batu nautika dikoordinasikan Maritim Malaysia.

"Orang ramai yang berdepan masalah di laut boleh hubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Johor Bahru di nombor 07-2199496 / 010-3211066 untuk sebarang aduan kesalahan atau jenayah di laut,”€ katanya.

Disiarkan pada: December 16, 2017 @ 12:43pm
d