mutakhir

Kereta dipandu tiba-tiba terbakar

Oleh Razif Rosli

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Gopeng, berhampiran sebuah stesen minyak dekat Gopeng hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Yusof Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.47 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba enam minit kemudian.

"Ketika sampai, Proton Satria Neo itu terbakar hampir 90 peratus. Pemandu kenderaan bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri selepas mendapati keretanya terbakar di bahagian enjin," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dan pihaknya berjaya memadamkan api dalam tempoh lima minit.

Katanya, operasi tamat pada 12.05 tengah hari.

Disiarkan pada: December 16, 2017 @ 5:25pm
d