mutakhir

Enjin kereta api terbakar

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

BAHAGIAN enjin kereta api yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Gemas terbakar di Kilometer 1 Jalan Renggam-Kluang, Johor kira-kira 8 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 8.21 malam dan 11 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran membabitkan enjin Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Megat Terawih 24125 dan sudah diputuskan di stesen KTM Mengkibol Kluang sebelum bahagian terbakar dibawa ke Stesen Kluang.

“Kebakaran memusnahkan 50 peratus dari bahagian enjin dan operasi ditamatkan pada 9.37 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap KTMB ketika dihubungi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya dan tiada kecederaan jiwa berlaku.

“Kes masih dalam siasatan kami termasuk mengenalpasti punca dan anggaran kerugian,” katanya.

Disiarkan pada: December 17, 2017 @ 11:38am
d