mutakhir

3 remaja sesat di Bukit Tabur ditemui

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Ampang: Tiga remaja yang sesat ketika mendaki Bukit Tabur, Hulu Klang di sini, kelmarin, ditemui selamat oleh anggota bomba di kawasan puncak bersebelahan Tasik Ampangan, awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 10.22 malam sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dimaklumkan tiga remaja iaitu Zamirul Zaman Zakaria, 16, serta Sebrina Saslin Suhaimi dan Neufal Muqmin Rabu yang masing-masing berusia 18 tahun gagal dihubungi sejak jam 7 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mangsa di kawasan puncak pada jam 2.34 pagi,” katanya.

Disiarkan pada: December 18, 2017 @ 10:56am
d