mutakhir

Degil punya pasal

Oleh Mohd Hasbi Sidek

POLIS terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk menurunkan seorang lelaki yang enggan turun dari bumbung sebuah rumah di Taman Koperasi Polis, Fasa 2 di Gombak, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian pada 5.30 petang, lelaki berusia 30-an itu disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah dan memanjat bumbung premis berkenaan bagi mengelak ditahan polis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis pada 5.56 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba kami mendapati seorang lelaki berada di bumbung rumah. Anggota bomba dengan bantuan pihak polis berjaya menahan tiga lelaki, namun seorang daripadanya berjaya meloloskan diri.

"Semua penjenayah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Kami hanya memberi bantuan untuk menggunakan peralatan dan kepakaran bagi memanjat bumbung bangunan," katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak mahu menyerah diri dan enggan turun menyebabkan pihak polis terpaksa memanggil anggota bomba untuk bantuan.

Disiarkan pada: December 20, 2017 @ 2:25pm
d