mutakhir

Harga petrol, diesel naik

Oleh HM Digital

 

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen manakala diesel naik tiga sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik dua sen daripada RM2.25 kepada RM2.27 seliter manakala RON97 naik dua sen daripada RM2.52 kepada RM2.54 seliter.

Sementara itu, diesel naik tiga sen daripada RM2.20 kepada RM2.23 seliter. 

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 21 Disember hingga 27 Disember 2017.

 

Disiarkan pada: December 20, 2017 @ 6:32pm
d