mutakhir

QSR Brands serah zakat perniagaan kepada MAIK

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

KUMPULAN QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brands) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM218,272.35 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), di Kota Bharu hari ini.

Ketua Tadbir Korporat Pengurusan Ekosistem QSR Brands, Datuk Ahmad Faris Yahaya berkata, ia berdasarkan keuntungan syarikat itu termasuk restoran makanan segera KFC (Peninsular Malaysia Sdn Bhd) dan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd.

Pihaknya mengeluarkan zakat keseluruhan RM4.8 juta untuk tahun kewangan 2017, berbanding RM4.635 juta tahun sebelumnya.

"Kelantan menjadi negeri ketujuh yang menerima zakat paling tinggi selepas beberapa negeri lain termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Perak.

"Sebelum ini, kita hanya mengeluarkan zakat perniagaan kepada Johor sahaja. Bermula 2014, keuntungan diperoleh dibahagikan kepada semuadaripada perniagaan dibayar kepada semua Majlis Agama Islam Negeri termasuk MAIK.

"Pada 2014, jumlah zakat perniagaan yang diberikan kepada MAIK sebanyak RM64,044, diikuti 2015 (RM71,648), dan pada 2016 berjumlah RM217,136.70," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat MAIK, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faris menyerahkan cek zakat kepada Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Nik Jessim Tan Seri Nik Hashim. Hadir sama, Penolong Pengurus Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, Zalelawati Hasin.

Mengulas lanjut, Ahmad Faris berkata, pihaknya sedar keperluan untuk berkongsi rezeki dengan semua negeri memandangkan syarikat itu mempunyai cawangan di seluruh negara.

Sehingga kini terdapat 684 cawangan KFC dan 221 Pizza Hut di seluruh negara dengan Kelantan mempunyai 22 KFC dan sembilan Pizza Hut

Disiarkan pada: December 20, 2017 @ 8:26pm
d