mutakhir

Ambulans hantar pesakit kemalangan

Oleh HM Digital

Jempol: Sebuah ambulans yang dalam perjalanan menghantar pesakit angin ahmar ke Hospital Jempol terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat, Kilometer 10, Jalan Bahau-Kemayan, Jempol, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian jam 7.55 malam, ambulans terbabit yang dalam perjalanan dari Keratong dilanggar Perodua Myvi dari arah Serting Tengah.

Katanya, ambulans berkenaan dilanggar sebaik melepasi lampu isyarat dan akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan kemek bahagian hadapan.

“Pemandu kereta seorang wanita berusia 22 tahun bersama dua lagi penumpang berusia 20-an cedera ringan,” katanya.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: December 22, 2017 @ 7:03am
d