mutakhir

Aku menang!

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Tuah memihak kepada lelaki berusia 32 tahun apabila berjaya memenangi hadiah utama iaitu kereta mewah BMW Siri Ke-3 selepas mendapat markah tertinggi dalam pertandingan Celcom Game Hero - Se7en Gear.

Muhamad Fakhrorazi Ismail memperoleh 27,800 markah ketika siri akhir pertandingan terbesar permainan mudah alih anjuran Celcom itu, semalam.

Beliau yang juga akauntan dari Ipoh, Perak membawa pulang hadiah utama selepas berlangsungnya pertandingan sengit selama sejam dengan finalis lain.

Tempat kedua pula yang membawa pulang Honda Jazz dimiliki oleh perunding hartanah, Oh Boon Jin, 34, dari Kampar, Perak dengan pungutan mata sebanyak 25,900 manakala tempat ketiga milik Mohammad Aslan Atik, 32, dari Semporna, Sabah yang membawa pulang Perodua Bezza.

Tiga finalis lain pula tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya membawa pulang telefon pintar terkini dan pertandingan kali kedua itu adalah anjuran Celcom dengan kerjasama Techninier Sdn Bhd.

Hadiah utama sempena Celcom Game Hero disampaikan oleh Ketua Pegawai Transformasi Celcom Axiata Berhad Ramanathan Sathiamutty dan Ketua Pegawai Eksekutif Techninier Sdn Bhd Datuk Lion Peh.

Disiarkan pada: December 23, 2017 @ 4:34am
d