mutakhir

5 minit RM1.5 juta

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Rawang: Kurang lima minit diperlukan enam penjenayah untuk melarikan sekurang-kurangnya 10 dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM1.5 juta dari sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Rawang, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, dua daripada penjenayah dilihat membawa pistol selain memakai topi keledar untuk menutup muka sebelum naik ke tingkat satu.

Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Shifful berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di pasar raya berkenaan sebelum ternampak empat lelaki naik ke tingkat satu bangunan dan masuk ke kedai emas berkenaan.

“Dua daripada suspek yang memakai pakaian gelap memiliki pistol. Mereka mengacukan pistol ke arah pekerja dan mengarahkan pekerja premis duduk sebelum memecahkan cermin pameran menggunakan tukul.

“Mereka mengambil 10 dulang emas sebelum melarikan diri menggunakan motosikal yang diletakkan di tingkat bawah pasar raya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Pey Kong Seng berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita memaklumkan kedai emas berkenaan dirompak jam 2.55 petang.

Disiarkan pada: December 23, 2017 @ 4:44am
d