mutakhir

Pengedar sah bekal susu bayi tiruan?

Oleh Shaiffulazhar Misri

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka terima tujuh aduan mengenai penjualan susu rumusan bayi disyaki tiruan di negeri ini.

Pengarah KPDNKK negeri Jaiya Abu berkata, aduan itu mula diterima selepas penjualan susu rumusan bayi disyaki tiruan itu tular di media sosial sejak 13 Disember lalu.

Beliau berkata, susulan aduan diterima pihaknya memeriksa tiga premis di menjual ubat-ubatan di Jalan Hang Tuah dan Taman Datuk Thamby Chik Karim, namun tidak melakukan sebarang rampasan.

"Siasatan awal mendapati peruncit berkenaan menerima bekalan susu daripada pengedar sah dan mempunyai dokumen pembelian lengkap," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 Peringkat Negeri Melaka di sebuah pasar raya di Peringgit, Melaka Tengah, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Lai Meng Chong.

Harian Metro pada 10 Disember lalu melaporkan KPDNKK Johor merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dalam serbuan ke lima premis kedai ubatan dan serbaneka di sekitar Johor Bahru, Johor.

Operasi Produk Tiruan itu dijalankan di premis di Iskandar Puteri, Mutiara Rini, Taman Orkid, Nusa Bestari dan Taman Daya, tiga daripada lima premis itu didapati menjual susu rumusan bayi (langkah satu) terbabit pada harga sama dengan yang asli.

Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM42,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011

Berita berkaitan

Tips kesan Enfalac A+ Langkah 1 tiruan

Susu tiruan: Kes terpencil je...

Trauma tengok anak menderita

Macam original, tapi 'tiruan'

Disiarkan pada: December 23, 2017 @ 6:41pm
d