mutakhir

Layar Mas dibadai ombak

Oleh Alif Amal Azahari

Bintulu : Ribut dan ombak besar selain masalah enjin menyebabkan sebuah kapal pengangkut dihanyutkan arus sehingga terkandas di perairan Bintulu sejak Selasa lalu.

Kapal seberat 488 tan berkenaan dalam pelayaran dari Miri ke Pelabuhan Bintulu dan pengusahanya sudah memaklumkan kejadian kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Daerah Maritim 12 (DM12) Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, sebaik menerima laporan itu, Kapal Maritim (KM) Tabah yang diketuai Leftenan Komander Muhammad Azizol Azmi diarahkan untuk mengesan kapal berkenaan.

“Keadaan laut bergelora dan angin kencang menyukarkan KM Tabah untuk merapati Layar Mas 290.

“Satu lagi pasukan penyelamat mengharungi perjalanan lima kilometer dari Taman Negara Similajau menggunakan jalan darat untuk ke lokasi Layar Mas 290.

“Akhirnya, semua lapan kru kapal yang juga warga tempatan dapat diselamatkan sebelum dibawa ke Pelabuhan Bintulu,” katanya.

Disiarkan pada: December 25, 2017 @ 3:42am
d