mutakhir

Guru wanita dijemput ajal

Oleh Siti Nadzirah Che Mud

PESARA guru maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 49.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat simpang Temangan, Machang, 11.40 malam tadi.

Mangsa, Che Yam Daud, 53, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.

Lima mangsa lain yang cedera berusia 21 hingga 25 tahun turut dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, dua lagi mangsa iaitu suami Che Yam berusia 53 dan anaknya berusia 17 tahun tidak alami kecederaan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dinaiki lelaki dari arah Kota Bharu menghala Kuala Krai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

œPemandu kereta berusia 24 tahun gagal mengelak dan merempuh Perodua Myvi dinaiki Che Yam bersama anak lelakinya berusia 25 tahun.

Rempuhan itu mengakibatkan kenderaan Honda Stream dinaiki suami Che Yam bersama dua lagi anak mereka tidak sempat mengelak dan melanggar Myvi dinaiki Che Yam.

Akibatnya Che Yam meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan manakala dua anaknya berusia 23 dan 25 tahun cedera dalam kemalangan itu.

Pemandu kereta Proton Saga dan dua penumpangnya cedera ringan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: December 26, 2017 @ 12:15pm
d