mutakhir

Kapal terdampar dihanyut arus kesan ribut tropika

Oleh HM Digital

Mersing: Sebuah kapal pengangkut pasir dari Vietnam ditemui terdampar di pantai Belukar Juling Endau, petang kelmarin dipercayai kesan ribut tropika yang melanda Filipina sejak beberapa hari lalu.

Kapal Toan Phuc 12 sepanjang 40 meter itu dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum dihanyutkan arus dan terdampar di pantai itu sehingga turut menarik minat penduduk sekitar untuk melihatnya secara lebih dekat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing bersama anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Laut menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

“Kita menghantar anggota sebaik menerima maklumat mengenai penemuan kapal di kawasan itu daripada orang ramai.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pasir itu mengalami kerosakan enjin sebelum dihanyutkan,” katanya.

Disiarkan pada: December 27, 2017 @ 5:21am
d