mutakhir

Harga petrol turun, diesel naik

Oleh HM Digital

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 turun satu sen manakala diesel naik tiga sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95  turun satu sen daripada RM2.27 kepada RM2.26 sen seliter manakala RON97 turun satu sen daripada RM2.54 kepada RM2.53 sen seliter.

Sementara itu, diesel naik tiga sen daripada RM2.23 kepada RM2.26 sen seliter. 

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 28 Disember hingga 3 Januari 2018.

 

Disiarkan pada: December 27, 2017 @ 6:16pm
d