mutakhir

Ronda guna basikal elektrik [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

POLIS Pulau Pinang melancarkan penggunaan basikal elektrik untuk rondaan cegah jenayah di lokasi tumpuan orang ramai, hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, penggunaan basikal elektrik ini ketika rondaan dapat mewujudkan kehadiran polis di tempat awam serta menarik perhatian orang ramai.

Menurutnya, ia juga dapat memudahkan anggota polis berinteraksi dengan orang awam ketika rondaan dan melaksanakan konsep ‘Stop & Talk’.

“Selain itu, penggunan basikal ini juga dapat membudayakan gaya hidup sihat kerana ia dikendalikan dengan cara kayuhan dan kuasa elektrik.

“Kontinjen Pulau Pinang menjadi negeri pertama menggunakan basikal elektrik ini untuk menjalankan rondaan cegah jenayah,” katanya yang ditemui ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Basikal Elektrik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

Dalam majlis itu, tujuh basikal elektrik disumbangkan tiga syarikat swasta.

Tiga basikal akan diberikan kepada Unit Polis Pelancong, dua kepada Balai Polis Batu Feringghi dan dua lagi diserahkan kepada Balai Polis Queensbay.

Basikal elektrik buatan China terbabit berharga RM3,680 satu dan boleh dicas semula menggunakan kuasa elektrik.

Disiarkan pada: December 28, 2017 @ 12:17pm
d