mutakhir

Tidak munasabah

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang awam supaya tidak mempercayai mesej tular di media sosial mengenai tarikh pembubaran Parlimen, penamaan calon dan hari pengundian.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, mesej tular itu menjelaskan kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac dan hari pengundian ditetapkan pada 25 Mac 2018.

Beliau berkata, mesej berkenaan langsung tidak munasabah kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari sepertimana yang dinyatakan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia bubar.

"Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak mempercayai tarikh-tarikh yang tular itu kerana hak untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri," katanya.

Disiarkan pada: December 28, 2017 @ 2:29pm
d