mutakhir

Syukur dapat uniform sekolah baru

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

KELAB Bola Sepak N Nine FC meneruskan kerja murninya apabila menyumbangkan pakaian sekolah baru di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Jempol, hari ini dan semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr S Surash berkata, seramai 641 murid menerima pakaian sekolah untuk sesi persekolahan baru minggu depan.

Katanya, semua penerima membabitkan golongan kurang berkemampuan yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

"Sebagai kelab bola sepak, kami tidak terkecuali membantu masyarakat dan mahukan mereka berjaya dalam pendidikan," katanya yang juga Pengerusi MIC Taman Awana Indah, di sini.

Dr Surash berkata, pemberian dilakukannya di kawasan ladang, kampung dan taman di sekitar DUN berkenaan.

Menurut Dr Surash, sumbangan itu adalah usaha mendekati masyarakat dan mengambil tahu masalah mereka.

"Selain sumbangan untuk murid, kami akan meneruskan program ini membabitkan bantuan musim perayaan selain menolong orang susah," katanya.

Beliau berkata, bantuan itu pulangan semula selepas kelabnya memenangi beberapa kejohanan domestik sebelum ini.

Disiarkan pada: December 28, 2017 @ 8:24pm
d