mutakhir

Tak serik kena tangkap

Oleh Rosliza Mohamed

TIDAK serik melakukan jenayah, buruh sekali lagi ditahan polis bersama pil kuda dianggarkan bernilai RM800 di Kampung Pulau Keseng, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu, semalam.

Dia yang aktif mengedar dadah, pernah ditahan pada 2014 dan menjalani hukuman kerana kesalahan serupa.

Bagaimanapun, lelaki berusia 46 tahun itu diberkas sekali lagi di rumah di kampung berkenaan pada 5.40 petang, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika serbuan itu, suspek berada dalam bilik di rumah itu.

"Pemeriksaan awal pada badannya tidak menemui barang salah, namun, pemeriksaan lanjut dalam bilik menjumpai satu bekas plastik di lantai mengandungi 50 pil kemerahan disyaki dadah jenis Methamphetamine (pil kuda).

"Ujian saringan dilakukan, suspek positif dadah dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. semalam.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, pada 2014 suspek menjalani hukuman mengikut akta sama dan bekalan dadah dipercayai diperoleh dari pihak tertentu untuk pasaran sekitar Kota Bharu.

Disiarkan pada: December 29, 2017 @ 4:11pm
d