mutakhir

Gila isim pandu lawan arus!

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KENDERAAN pelbagai guna (MPV) Proton Exora dipandu seorang wanita warga emas berusia 63 tahun rosak akibat dilanggar kereta yang memandu melawan arus di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar.

Kejadian berlaku 6.16 petang kelmarin, menjadi tular di media sosial

apabila beberapa kenderaan lain terpaksa mengelak ke tepi dalam keadaan cemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa datang dari arah rumahnya di Taman Mahagoni menghala ke Simpang Kuala melalui Jalan Tanjung Bendahara.

Namun sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terkejut apabila sebuah kereta di lorong kanan mengubah laluan ke kiri secara mengejut dan melanggar MPV mangsa.

"Akibat kejadian itu MPV mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

“Buat masa ini tiada tangkapan kerana mangsa tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta yang mengubah laluan itu,” katanya.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan6(2) LN 166/59 Peraturan Lalulintas 1959.

Disiarkan pada: December 29, 2017 @ 4:44pm
d