mutakhir

Maut dilanggar bas

Oleh Siraj Mohd Zaini

Shah Alam: Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah bas Rapid KL ketika melintas jalan di Seksyen 16 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Endon Abd Wahab, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di kepala dan anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang sedang mengambil penumpang di Stesen Komuter Seksyen 16 gagal mengelak mangsa dan melanggarnya.

“Ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Seksyen 18 secara tiba-tiba melintas di jalan berkenaan.

“Akibat jarak terlalu hampir dengan mangsa, pemandu bas berusia 56 tahun itu tidak sempat menekan brek dan terus melanggar mangsa,” katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, kata Nek Zaidi, seorang wanita berusia 22 tahun maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan di Lebuhraya Persekutuan di sini, jam 6 pagi semalam.

“Mangsa dikenali sebagai K Bawani yang memandu kereta Proton Iswara dan berada di lorong tengah gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.

“Sebelum terbabas, Proton Iswara itu berpusing beberapa kali dan hentakan kuat menyebabkan mangsa cedera teruk lalu meninggal dunia di lokasi itu,” katanya memaklumkan kakak mangsa, K Vanaja, 24, yang duduk di bahagian penumpang.

bagaimanapun terselamat.

Disiarkan pada: January 1, 2018 @ 10:25am
d