mutakhir

Jumpa 1.3 km dari lokasi MPV hanyut

Oleh Norasikin Daineh

MAYAT pemuda yang hilang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hanyut dibawa arus sungai di Kampung Sungai Bintasan Darat, semalam ditemui di tebing Sungai Bintasan Darat, Kota Marudu, 8.45 pagi, hari ini.

Mangsa Muhammad Asyraf Nirajim, 19, ditemui penduduk kampung ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di sungai itu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Izaan Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi kenderaan itu hanyut.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk tindakan lanjut.

"Operasi SAR ditamatkan pada 9.45 pagi," katanya.

Dalam kejadian 2.30 pagi semalam, mangsa bersama enam individu menaiki Toyota Innova dalam perjalanan pulang ke Kampung Tigaman.

Bagaimamanpun, jalan raya yang mereka lalui dinaiki air sebelum kepala air tiba-tiba datang menyebabkan kenderaan itu dihanyutkan arus deras sehingga ke sungai.

Enam daripada mereka berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tidak dapat keluar dan hilang dalam kejadian itu.

Disiarkan pada: January 1, 2018 @ 2:14pm
d