mutakhir

Dua beradik maut, abang parah

Oleh Rosliza Mohamed

DUA beradik maut, manakala abangnya parah apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kampung Chica, Kota Bharu, malam tadi.

Dalam kejadian 9.15 malam itu, Fithri Aziz Mohd Ramli, 13, dan adiknya Hamdan Syakirin, 11 maut di tempat kejadian.

Abang mangsa, Muhamad Hakimi, 25, yang parah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kejadian berlaku ketika dua beradik membonceng motosikal yang ditunggang abangnya.

"Sebaik tiba di tempat kejadian motosikal cuba melintas jalan secara melawan arus untuk masuk ke laluan pusingan U untuk ke kedai di seberang jalan.

"Bagaimnanapun datang kereta dari arah Pasir Tumboh menghala Kota Bharu melanggar motosikal mangsa.

"Dua beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya yang parah di kepala dibawa ke HUSM," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: January 1, 2018 @ 2:23pm
d