mutakhir

Bumbung runtuh dilanda ribut [METROTV]

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

BUMBUNG laluan pejalan kaki di Jalan Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu runtuh dilanda ribut, 6 pagi, hari ini

Kejadian itu menyebabkan laluan ditutup kepada orang ramai serta-merta.

Kejadian ribut berkenaan menyebabkan 100 meter daripada bumbung sepanjang 400 meter itu runtuh.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, laluan penjalan kaki itu perlu ditutup buat sementara waktu kerana ia sangat berisiko dan boleh mengancam keselamatan orang awam.

Menurutnya, pihaknya akan menilai semula struktur dan ketahanan pada laluan berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

"Agak bernasib baik kerana ketika kejadian itu tiada orang yang menggunakan sekali gus terhindar daripada kejadian yang tidak diingini.

"Saya berharap orang awam dapat bersabar dan mematuhi arahan yang ditetapkan dengan tidak menggunakan laluan itu sebelum ia dibaiki sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, laluan berbumbung itu mula dibuka pada orang ramai pada Jun 2015 selepas dibina membabitkan kos sebanyak RM600,000 melalui diperuntukan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

FOTAO Syafiq Ambak

Disiarkan pada: January 1, 2018 @ 3:13pm
d