mutakhir

Tak kira tengkujuh sungai melimpah

Oleh HM Digital

Gua Musang: “Jika dulu, hanya musim tengkujuh saja berlaku banjir. Tapi sekarang, tidak kira tengkujuh pun, air sungai boleh melimpah,” kata Mariam Jusoh, 96, mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 2 di sini.

Penduduk Kampung Limau Kasturi itu menyifatkan cuaca sudah tidak seperti dahulu dan semakin sukar dijangka menyebabkan dia terpaksa lebih berhati-hati kerana rumahnya mudah dinaiki air.

Katanya, dia tidak boleh mengganggap banjir hanya ketika tengkujuh kerana pada keadaan biasa pun, bencana itu boleh berlaku hanya dengan hujan yang berterusan.

“Zaman dulu tidak seperti zaman ini. Dahulu, banjir surut dalam masa sehari, tapi ini sudah masuk hari kedua, masih belum ada tanda air surut,” katanya.

Disiarkan pada: January 3, 2018 @ 10:09am
d