mutakhir

Banjir makin pulih

Oleh Muhamaad Razis Ismail

BANJIR di Kelantan semakin pulih selepas dua pusat pemindahan sementara ( PPS) di Gua Musang dan Jeli ditutup, hari ini.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah, Jeli yang menempatkan 43 mangsa banjir ditutup 9 pagi tadi manakala PPS di SK Limau Kasturi 2, Gua Musang yang dibuka kelmarin ditutup 11 pagi selepas 30 mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing.

Berdasarkan portal ebanjir Kelantan, empat sungai berada di paras amaran iaitu Sungai Lebir, Tualang dengan bacaan 33.16 meter (m), Sungai Kelantan di Tangga Krai (23.69 m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (15.04 m) dan Sungai Golok, Rantau Panjang (8.03 m).

Sementara itu, Jambatan Setelu dan Jambatan Kerinting di Gua Musang masih ditutup kepada semua kenderaan.

Disiarkan pada: January 3, 2018 @ 4:55pm
d