mutakhir

Disamun geng sama?

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

KEDAI emas di dalam pasar raya di Bangi Lama, Bangi disamun tiga lelaki bersenjatakan tukul besi dan pistol, 11.35 pagi, hari ini.

Sumber polis berkata, semua lelaki bertopi keledar penuh berwarna hitam mengambil masa beberapa minit untuk memecahkan rak kaca dan melarikan sejumlah barang kemas.

"Mereka menaiki motosikal Yamaha 125Z menyerupai kumpulan penyamun yang melarikan senjata pump gun dan barang kemas dari kedai emas dalam pasar raya di Taman Segar, Cheras, 31 Disember lalu.

"Anggaran kerugian belum diketahui dan polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengetahui identiti kumpulan suspek," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek memecahkan sebaris rak kaca dan memasukkan barang kemas di dalam poket seluar sebelum melarikan diri.

Berita berkaitan:

Buru Geng 125Z

Disiarkan pada: January 4, 2018 @ 4:49pm
d