mutakhir

Pemandu lori direman [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria

PEMANDU lori berusia 54 tahun yang menyebabkan kematian empat beranak warga Singapura dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Lukut-Sepang, petang semalam direman empat hari, hari ini.

Suspek tiba di Mahkamah Majistret Port Dickson pada 8.30 pagi hari ini, selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) petang hari kejadian.

Majistret Siti Khairiah Abd Razak membenarkan permohonan reman suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, empat beranak, Rosli Samad, 54, Maimunah Sapari, 51, dan dua anak mereka, Dayana Sarah Rosli, 18, Nor Amalina, 21, maut selepas Honda Stream dinaiki mereka dirempuh lori tiga tan dipandu suspek.

Lori dari Sepang dipercayai terbabas lalu merempuh kenderaan dinaiki empat beranak itu.

Kejadian berlaku dipercayai berpunca masalah brek sebaik lori itu tiba di simpang tiga lampu isyarat berkenaan.

Berita berkaitan

Jenazah empat beranak disemadi di Singapura [UPDATE]

[UPDATE] 'Nampak lori rempuh kereta...' [METROTV]

Disiarkan pada: January 4, 2018 @ 6:59pm
d