mutakhir

3 terperangkap diselamatkan bomba

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

TIGA lelaki yang menyewa tingkat atas sebuah kedai motosikal empat tingkat di Batu 10, Jalan Klang, Petaling Jaya, berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kebakaran bangunan itu kira-kira 9 malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selamgor Mohd Sani Harul berkata, 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dan BBP Subang Jaya ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Kebakaran berlaku di bahagian bawah manakala terdapat tiga mangsa yang menyewa di tingkat tiga dan empat terperangkap ketika kejadian.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.58 malam dan semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan tangga," katanya.

Menurutnya, kebakaran memusnahkan 45 peratus bahagian bawah kedai dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Disiarkan pada: January 5, 2018 @ 1:34am
d