mutakhir

GINTELL komited

Oleh Nur Sufiah Abd Halim

Puchong: Jenama kerusi urut terkemuka Malaysia, GINTELL terus komited untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggannya serta mereka yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan.

Pegawai Perhubungan Awam GINTELL, Nur Sabrina Alauddin berkata, menerusi produk terbaru daripada siri kerusi urut UFO, DeSpace Star yang baru dilancarkan, ia menyediakan alternatif terbaik urutan dan boleh digunakan mengikut keselesaan di rumah.

“DeSpace Star dijual pada harga RM11,836 termasuk urutan yang diprogramkan.

“Program urutan ini menyediakan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin dengan tahap kesihatan,” katanya pada pameran kesihatan GINTELL di IOI Mall, 1 Januari lalu yang turut dihadiri model antarabangsa dan duta GINTELL, Amber Chia.

Menurut Nur Sabrina, melaluinya, pengguna dapat menguatkan sendi selain memperbetulkan postur tubuh.

“Selain itu, ia turut memperbetulkan keseimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh jika digunakan secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, Amber berkata, sebahagian masyarakat terlalu tertumpu untuk menjadi cantik sehingga mereka mengabaikan kesihatan diri.

“Inovasi GINTELL melalui kerusi urutnya yang menawarkan yoga dan titik akupuntur adalah permulaan yang baik untuk mempromosikan gaya hidup sihat,” katanya.

Disiarkan pada: January 5, 2018 @ 9:58am
d