mutakhir

Lebih ramai mangsa banjir Terengganu

Oleh Helmy Abd Rahman

JUMLAH mangsa banjir di Terengganu meningkat hampir sekali ganda kepada 2,159 orang daripada 541 keluarga berbanding 1,313 orang (327 keluarga) malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan, Kemaman terus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,819 orang (427 keluarga) berbanding 1,107 orang (250 keluarga) sebelum ini.

Terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka iaitu di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman menjadikan 15 semuanya setakat ini.

Di Dungun pula, jumlah mangsa tidak berubah membabitkan 206 orang (77 keluarga) yang ditempatkan di dua PPS.

Dalam pada itu, portal http://etindakan.terengganu.gov.my memaklumkan, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau mencatatkan paras air setinggi 11.20 meter (m), melepasi paras berjaga-jaga 10.90m.

Disiarkan pada: January 5, 2018 @ 11:57am
d