mutakhir

'Ejen pelancongan' Den Wahab direman [METROTV]

Oleh Sarah Zulkifli

WANITA menyamar sebagai ejen pelancongan yang dipercayai menipu pelakon Den Wahab dan pengarah filem Aziz M Osman berhubung percutian di Korea Selatan direman selama dua hari bermula hari ini.

Ahli perniagaan berusia 36 tahun itu direman sehingga esok selepas perintah dikeluarkan terhadapnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, wanita baju lokap dantudung berwarna hijau diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada 10.45 pagi untuk prosiding reman berkenaan.

Prosiding itu mengambil masa 25 minit sebelum suspek dibawa keluar pada 11.10 pagi.

Semalam, wanita itu menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Petaling Jaya bersama suaminya pada 3 petang.

Akhbar ini melaporkan Den Wahab memberi tempoh seminggu kepada wanita itu untuk memulangkan semula bayaran wang percutian dia dan keluarga Aziz ke Korea dianggarkan RM90,000.

Den berkata, dia masih sabar menanti janji wanita berkenaan yang mahu memulangkan semua jumlah bayaran namun belum menerima satu sen pun sehingga hari ini.

Disebabkan dia tidak menepati janji, Den bersama Aziz dan 18 lagi individu membuat laporan di balai polis berasingan.

Berita berkaitan

Tipu pakej Korea: Wanita itu dah ditahan

Tipu pakej Korea: 15 termasuk Aziz, Den Wahab lapor polis

Disiarkan pada: January 5, 2018 @ 1:25pm
d