mutakhir

[UPDATE] Anthony ditahan SPRM

Oleh Junaidi Ladjana

NAIB Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Peter Anthony hari ini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir memberi keterangan berhubung kes pembelian tanah ladang sawit di Tongod, Sabah bernilai kira-kira RM155 juta.

Penahanan Anthony, 47, disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Sebelum itu, Anthony hadir di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada jam 10.25 pagi tadi sebelum dilihat keluar dalam keadaan tangan bergari sambil diiringi beberapa pegawai SPRM pada jam 1.20 tengah hari.

Beliau kemudian dibawa dengan sebuah Perodua Alza yang menunggu di pekarangan bangunan kompleks kerajaan di Kota Kinabalu untuk dibawa ke kediamannya.

Turut hadir peguam beliau, Martin Tommy; Setiausaha Agung WARISAN Loretto Padua Jr serta sekumpulan kecil penyokong.

Kelmarin, SPRM dalam satu kenyataan media dilaporkan mengesan dua individu iaitu Anthony serta seorang lagi individu dikenali Michael Persius Ubu, 61, dari Taman Rainfield, Kota Kinabalu. Bagaimanapun, kelibat Michael tidak kelihatan.

Kedua-dua mereka diberi tempoh 48 jam untuk menyerah diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Tahun lalu, Anthony antara 13 individu yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewangan dana awam berjumlah RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Berita berkaitan

Anthony hadir beri kenyataan [METROTV]

[UPDATE] Jumpa SPRM petang esok

Disiarkan pada: January 5, 2018 @ 4:54pm
d