mutakhir

Mayat berulat tanpa kepala

Oleh Shamsul Munir Safini

MAYAT lelaki tanpa kepala yang sudah berulat ditemui dalam tangki air plastik di Lorong Perindustrian Bukit Minyak 19, Bukit Tengah, malam tadi.

Mayat reput itu ditemui seorang lelaki berusia 20-an yang terhidu bau busuk dari kawasan longkang berdekatan sebelum memeriksanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Konisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki berkenaan kemudian ternampak mayat manusia ditutupi daun dalam tangki air berwarna hitam yang diletak dalam longkang.

Menurutnya, pemeriksaan polis di tempat kejadian kemudian mendapati mayat yang sudah reput itu tiada kepala.

Nik Ros Azhan berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Disiarkan pada: January 6, 2018 @ 1:14am
d