mutakhir

Banjir Terengganu dah pulih

Oleh Helmy Abd Rahman

SEMUA pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu ditutup secara rasmi dengan yang terakhir di Surau Pulau Tempurung, Kemaman, 10.30 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan, satu lagi PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, juga di Kemaman, ditutup, 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, tiga laluan di Jalan Chukai-Air Putih yang ditutup kepada senua kenderaan sebelum ini sudahpun dibuka.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman mengingatkan orang ramai supaya tetap berwaspada dan bersedia terutama membabitkan aspek keselamatan walaupun banjir sudah reda.

“Kita tak tahu bila banjir boleh berlaku lagi, jadi eloklah buat persediaan awal,” katanya.

Disiarkan pada: January 7, 2018 @ 11:09am
d