mutakhir

Mengerang di tepi jalan kaki dihempap batu

Oleh HM Digital

Kajang: Malang tidak berbau buat seorang pekerja baik pulih jalan apabila kakinya dihempap batu dalam kejadian di Seksyen 4 Tambahan, Bangi, semalam.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa berusia 40-an dikatakan sedang melakukan kerja pembaikan di persimpangan jalan itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.56 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kaki kiri mangsa dihempap batu besar dan dia sedang mengerang kesakitan.

“Anggota bomba berusaha mengalihkan batu itu menggunakan alat penyelamat,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan kecemasan.

Disiarkan pada: January 8, 2018 @ 10:35am
d