mutakhir

Judi mahjong punya hal

Oleh Mohd Hasbi Sidek

SERAMAI 48 individu terdiri kaki judi termasuk pemilik premis ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pertama, Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, serbuan pada 4.30 petang turut merampas peralatan seperti meja, kerusi, cip, buah mahjong dan sejumlah wang tunai.

“Hasil daripada maklumat awam, pihak kami menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan premis judi mahjong.

“Ketika serbuan, terdapat 48 individu di lokasi membabitkan pemain dan pengurus premis berusia antara 45 hingga 76 tahun," katanya.

Katanya, semua yang ditahan bersama peralatan dirampas itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) a, Seksyen 6(1) dan Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Disiarkan pada: January 8, 2018 @ 12:18pm
d