mutakhir

Tak endah harga ditetapkan kerajaan

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Meskipun kerajaan sudah menetapkan harga maksimum RM8 sekilogram (kg) bagi ayam daging, masih ada lagi peniaga yang berdegil dengan mengenakan harga mencecah RM8.50 sekilogram.

Tinjauan Harian Metro di kawasan tumpuan orang ramai khususnya di Pasar Sentul semalam mendapati, ada peniaga tanpa rasa bersalah mengenakan harga itu kepada pengguna walaupun sudah diarahkan supaya mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Bagi peniaga ayam, Nazaruddin Mokmin, 52, berkata, orang ramai perlu faham dengan harga yang ditetapkan kerajaan itu memandangkan pembekal juga mengambil untung 50 sen daripada peniaga.

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 5:32am
d