mutakhir

Banjir Segamat belum surut

Oleh Mary Victoria Dass

TUJUH BELAS mangsa banjir membabitkan enam keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat setakat 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, mangsa banjir berkenaan dari Kampung Balai Badang dan Kampung Kuala Paya.

Menurutnya, mengikut pecahan mangsa banjir di PPS Sekolah Balai Badang yang dibuka pada 5 Januari lalu terdiri daripada tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa, tiga warga emas lelaki dan seorang warga emas perempuan.

Manakala dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang warga emas perempuan ditempatkan di PPS Sekolah Agama Kampung Kuala Paya yang dibuka mulai 8 Januari, katanya.

"Sungai Muar, Buloh Kasap masih di paras amaran.

"Bacaan paras air terkini adalah 8.91meter berbanding 8.90m sebelumnya.

"Agensi berkaitan sentiasa menjalankan pemantauan," katanya menerusi kenyataan akhbar.

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 10:24am
d