mutakhir

Bapak jahat rogol anak sendiri

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

LELAKI berusia 46 tahun dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan serta penjara 22 tahun dan 12 sebatan atas dua pertuduhan merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Johor semalam.

Hukuman berkenaan diarahkan dijalankan serentak daripada tarikh jatuh hukum oleh Hakim Amran Jantan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan rogol terhadap anaknya itu yang berlaku sekitar 2015 hingga tahun lalu.

Mangsa mula dirogol ketika berusia 12 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Maju Baru dan Kampung Parit Lapis Maimon, Parit Raja, Batu Pahat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mustaqim Sukarno.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pada 1 Januari lalu, pihaknya menerima laporan daripada isteri tertuduh yang menyatakan bahawa anak kandungnya dirogol oleh tertuduh sekitar 2015 hingga 2017.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek iaitu bapa kepada mangsa.

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 11:05am
d