mutakhir

Polis masih buru lelaki Bangladesh durjana

Oleh Mary Victoria Dass

POLIS masih memburu tiga suspek utama warga Bangladesh yang terbabit dalam kes dua beradik perempuan dilacurkan ibu kandungnya pada September tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, pelbagai langkah diambil bagi mengesan kesemua suspek termasuk mendapatkan bantuan pelbagai agensi kerajaan dan polis negeri lain.

"Hingga kini masih belum ada tangkapan dan polis masih mengesan suspek utama berkenaan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini, hari ini.

Pada 6 November tahun lalu, Harian Metro melaporkan polis sudah mengenal pasti tiga suspek utama warga Bangladesh termasuk teman lelaki kepada wanita tempatan berusia 39 tahun yang melacurkan dua anak perempuannya kepada warga asing itu pada September tahun lalu.

Polis yakin kesemua lelaki berusia 30-an itu berada di luar Johor selain permit pekerjaan mereka sudah tamat tempoh.

Kedua-dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 10 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas diselamatkan.

Manakala ibu mereka yang ditahan, dijatuhi hukuman penjara selama 75 tahun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 13 November lalu selepas mengaku bersalah melacurkan dua cahaya matanya.

Siasatan awal mendapati wanita itu membawa dua anaknya ke hotel bajet di Larkin untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sejak September dan menerima bayaran RM50 setiap kali anak-anaknya melayan seorang lelaki warga Bangladesh.

Berita berkaitan

Kenapa begitu keji

Dah 8 ditahan

Lelaki Bangladesh durjana diburu

Ibu durjana dijel 75 tahun [METROTV]

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 5:27pm
d