mutakhir

Dah empat hari meninggal dunia

Oleh Siti Rohana Idris

SEORANG lelaki ditemui mati dalam keadaan sudah berulat di dapur sebuah rumah di Kubang Kerian, hari ini.

Dia ditemui adiknya berusia 54 tahun yang ke rumah itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, mangsa yang tinggal seorang diri dipercayai sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu.

“Ia berdasarkan kenyataan adik mangsa yang kali terakhr berjumpanya pada petang Jumaat lalu, namun mangsa ketika itu dilihat sihat.

“œBagaimanapun ketika ke rumah berkenaan, petang tadi, adik mangsa menemuinya dalam keadaan tertiarap, bogel dan sudah berulat.

“Pemeriksaan sekitar mayat tidak menemui sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Katanya, kes itu diklasifikasikan mati mengejut.

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 11:23pm
d