mutakhir

Perancah runtuh, lelaki Indonesia cedera

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PEKERJA binaan warga Indonesia cedera selepas perancah pada bangunan dalam pembinaan berhampiran Kilometer 23 Lebuhraya Grand Saga, Kajang, runtuh kira-kira jam 5 petang, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.28 petang.

“œSeramai 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“œSebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati perancah pada tingkat dua bangunan terbabit runtuh dan menyebabkan mangsa, Gunawan, 34, cedera, manakala tujuh lagi pekerja binaan sempat menyelamatkandiri,”€ katanya.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dirawat.

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 11:59pm
d